SEMINAR BAHASA MELAYU KLASIK & BAHASA MELAYU KUNO

Seminar penting ini untuk diberi penekanan mengingat situasi semasa yang melanda bahasa Melayu di negara ini pada masa kini teramatlah menyedihkan. Suara-suara sinis yang sering sahaja kedengaran mengenai kemampuan bahasa Melayu dalam mendepani arus modeniti dan sebagai bahasa ilmu. Andaian yang dapat ditabir mengenai hal itu adalah bersebabkan kurangnya pengetahuan mengenai sejarah silam bahasa Melayu.